Penciptaan adalah berdasarkan daripada tiga masalah utama ketidakselesaan manusia iaitu:
1. Serangga/Haiwan Berbisa
Serangga kecil seperti lalat, semut, lipas, anai-anai, lipan, kalajengking, ular dan lain-lain termasuklah haiwan kecil seperti tikus akan dapat dihindarkan seterusnya meningkatkan tahap kebersihan pengguna di tempat kediaman atau premis perniagaan. Penggunaannya secara tidak langsung dapat mengurangkan penggunaan semburan aerosol dan seterusnya tidak mencemar alam sekitar. Contoh penggunaan adalah seperti berikut:
- Apabila disembur ke arah lalat yang berterbangan atau dilap pada meja ianya akan laridan seterusnya kehadiran lalat tersebut dapat dihindari.
- Apabila disembur pada laluan semut akan menyebabkan kawanan semut lari/mati dan laluan tersebut akan ditinggalkan oleh semut yang masih hidup.
- Apabila disembur tepat ke arah cicak yang melekat di siling/dinding akan menyebabkan ianya jatuh dan seterusnya lari/mati.
- Apabila disembur tepat pada lipas akan menyebabkan ianya gila dan akhirnya mati.
- Cecair ini juga boleh digunakan untuk mereka yang gemarkan aktiviti meredah hutan atau meredah paya bagi mengelakkan serangga seperti pacat/lintah. Cara penggunaan adalah dengan menyembur anggota badan seperti kaki dan tangan, pakaian serta peralatan yang dibawa.
- Cecair ini adalah inovasi terbaru untuk menggantikan racun serangga kerana amat berkesan menghalau serangga, dan tidak memberi impak pada sayuran/tanaman dan tanah.
2. Pelbagai Jenis Kotoran
Cecair serbaguna ini terbukti dapat menjimatkan masa untuk kerja-kerja pembersihan kotoran degil berdasarkan fomula pemecahan dan peleraian sel-sel kotoran tersebut. Contoh kotoran adalah seperti berikut:
- Lebihan minyak pada dapur masak, periuk nasi elektrik, ketuhar pembakar dan lain-lain.
- Kotoran pada meja, peti sejuk, rak pinggan mangkuk dan perkakasan lain.
- ·Lumut/kotoran pada dinding, lantai, longkang, tandas dan bilik mandi.
- Kesan kotoran minyak, gris, tar, lumut dan lumpur pada kenderaan termasuk cermin.
- Lain-lain kotoran permukaan yang sukar dicuci.
- Boleh digunakan untuk mencuci tangan contoh seperti mekanik yang telah menyiapkan kerja di bengkel.
- Berkesan digunakan pada tangan/peralatan yang terkena dakwat dengan kadar yang segera.
3. Haruman dan Aromaterapi
Berdasarkan kajian saintifik yang dijalankan terhadap telur tembelang (telur yang tidak dieram) didapati dengan hanya menggunakan satu semburan produk ini dapat menyahbau walaupun kesan baki pecahan telur tersebut belum dibuang. Selain itu, aromaterapi yang wujud semulajadi daripada pokok serai wangi dapat menghilangkan tekanan dan seterusnya mengurangkan gangguan fikiran serta meningkatkan produktiviti seseorang individu. Selain daripada itu contoh kegunaan bagi subtopik ini adalah seperti berikut:
- Sembur rawak pada bekas penyimpanan sampah akan menghilangkan bau busuk dan kurang menyenangkan.
- ·Sembur pada bahagian dalam kereta yang disebabkan bau hapak dari karpet lantai. Ianya juga terbukti berkesan pada kereta yang bermasalah bau buah durian.
- ·Semburan ini juga dapat menghilangkan bau najis dan bangkai haiwan seperti najis ayam dan bangkai ikan.
- Jika terpijak najis haiwan seperti kucing/ayam yang dibawa masuk ke suatu kawasan/ruang, hanya sembur di tempat yang disyaki.