Sunday 8 April 2012

PRODUK CECAIR SERBAGUNA SERAI WANGI DENNYO


SERAI WANGI

Serai Wangi (Citronella Grass) atau dalam nama saintifikya, 
Cymbopogon Nardus merupakan tumbuhan renek dan merumpun yang hidup secara berkumpulan. Tumbuhan ini mempunyai akar jenis rerambut dan boleh mencapai ketinggian sehingga satu meter dengan warna dedaun kehijauan. Ia merupakan sejenis tumbuhan tropikal yang menghasilkan bau dan aroma tersendiri. Terdapat banyak kelebihan serai wangi di mana ia digunakan secara meluas khususnya oleh masyarakat Asian untuk tujuan masakan, bau-bauan, perubatan, pembersihan serta mengelakkan daripada ancaman binatang atau serangga berbahaya. Secara keseluruhannya, serai wangi merupakan salah satu tumbuhan ciptaan Tuhan yang mempunyai banyak manfaat dan mempunyai potensi besar dalam industri untuk diperluaskan penggunaannya.



SEJARAH PENCIPTAAN “THE MAGIC LIQUID”

Penciptaan cecair serbaguna serai wangi bermula daripada pemerhatian terhadap kelebihan pada tumbuhan tersebut. Ia merupakan hasil gabungaan ilmu asas (tradisional) dan (sains) moden. Penggabungan secara saintifik antara bahan asas serai wangi dan bahan kimia sampingan telah menghasilkan cecair serbaguna yang amat bermanfaat. Produk ini tidak mendatangkan kesan sampingan pada manusia dan tidak merbahayakan kesihatan. Ia sesuai digunakan pada bila-bila masa, di mana-mana dalam pelbagai keadaan.