Wednesday 30 November 2011

CARA PENGGUNAAN CECAIR HERBA SERBAGUNA SERAI WANGI


Meja Dan Peralatan
Sembur tempat yang kotor kemudian gunakan kain bersih yang lembab dan lap di bahagian berkenaan, biarkan kering dan tidak perlu dibilas

Bilik Air Dan Tandas
Sembur di tempat yang berkenaan, kemudian gunakan berus untuk mencuci dan bilas dengan air bersih.

Lantai
Sembur dan lap dengan mop lembap yang bersih, biarkan kering dan tidak perlu dibilas.

Kenderaan
Sembur pada kain bersih dan lap pada tempat yang kotor dan bilas. Cecair ini boleh dimasukkan sedikit ke dalam tangki simpanan air pembersih cermin bagi memudahkan pembersihan cermin yang kotor.


Kebun Sayur/Tanaman
Semburan pada tanaman seminggu sekali pada waktu petang. Nisbah campuran untuk semburan tersebut adalah 1 (cecair semburan) : 13 (air). Ianya adalah sebagai pengganti racun serangga yang menghalau serangga secara semulajadi dan seterusnya risiko bahaya pada sayuran/tanaman serta tanah dapat dielakkan.

Permukaan Yang Mengalami Masalah Serangga
Sembur dan ratakan cecair menggunakan kain bersih ke seluruh permukaan dan tidak perlu dibilas. Contoh seperti meja makan yang dihinggapi lalat.

Tempat-Tempat Yang Mengalami Masalah Serangga
Sembur dan biarkan sahaja. Contoh kabinet makanan yang mengalami masalah tikus, semut dan lipas.

Tempat-Tempat Yang Mengalami Masalah Bau-Bau Kurang Menyenangkan
Hanya sembur rawak pada kawasan tersebut dan sembur terus pada objek yang berbau.